Rabu, 12 Disember 2018

Surat Larangan Meminta Slip Adalah Palsu

Semalan tersebar di laman sesawang berkenaan surat yang melarang sebarang pihak meminta slip gaji ibu bapa yang mana lazimnya setiap tahun guru kelas akan berbuat demikian untuk mengemaskini maklumat dari sistem APDM.

Berikut adalah penafian dari Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan surat berkenaan:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan Kementerian ini tidak mengeluarkan surat bertarikh 21 November 2018 berkaitan Larangan Meminta Salinan Slip Gaji Kakitangan Awam Sebagai Bukti Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

Diharap semua pihat tidak menyebarkan surat tersebut lagi dimana telah disahkan palsu. Laman Rasmi KPM

Rabu, 24 Ogos 2016

Suasana Belajar di Kelas 5 Andalas

"Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu Najhan!", itulah ucapan yang sering dituturkan oleh murid kelas 5 Andalas setiap kali guru masuk ke kelas. Hari ini murid kelas 5 Andalas diajar tentang pengetahuan asas berkenaan Blog.

    Murid kelihatan begitu teruja mengikuti pengajaran. murid melihat contoh-contoh blog yang terdapat di internet, item-item yang perlu ada pada blog, pengisian, bahasa dan sebagainya.

    Antara ragam murid yang dapat dilihat adalah seperti Hifzan yang kelihatan terpinga-pinga, Mak Choy Mun dan Nur Kaseh bergurau senda, Hannan yang bersembang dengan rakannya, dan sebagainya. Namun terdapat juga beberapa orang murid yang tekun menyiapakan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Najhan.






   Diharapkan segala yang diajar difahami oleh murid-murid.

Belajar Tentang Blog di kelas 5 Mersing

Hari ini mengajar murid-murid kelas 5 Mersing tentang segala pengetahuan berkenaan dengan blog.
  
   Murid 5 Mersing kelihatan begitu teruja. namun terdapat beberapa orang murid yang sering membuat bising dan menganggu kelas. Antaranya ialah Taqialim, Nurdinah, Daniel Dinie, Ameer, Alia Natasya, Nurdinah lagi, dan yang paling bising sekali ialah semua murid.


    Diharap semua murid faham apa yang dipelajari dan dapat menghasilkan penulisan blog sendiri.

Selasa, 13 September 2011

Relevan Lagikah Blog Ini

Blog ini secara terus terang aku buat disebabkan penuh bersemangatnya aku untuk bergelar seorang guru. Namun sehingga hari ini adakah aku sudah bergelar guru? Ataupun separuh guru kerana selangkah kaki telah tamat kursus KPLI dan separuh lagi menanti langkah untuk ke sekolah yang akan ditempatkan. Tetapi, surat penempatan yang telah lama aku nantikan tidak juga kunjung tiba. Jadi dimanakah status aku? Guru? Separuh Guru? Perasan Guru?. Di surat beranak anak aku Bukhari telah terpampang perkerjaan bapa "Guru", jadi haruskah aku bersabar dan terus menunggu agar tidak sekadar tulisan, tetapi kenyataan. URL blog ini jelas terpampar cikgunajhan.blogspot.com, siapa yang singgah mesti menganggap penulisnya mesti seorang guru. Hakikatnnya aku pun tak tahu. Masih relevenkah blog untuk seorang guru dangan aku yang belum guru ini..? Masih lagi tanda soal...."?""?"?"?"

Khamis, 4 Ogos 2011

Facebook dan Twitter KPM

Untuk makluman semua Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Facebook dan Twitter rasmi mereka. Facebook dan twitter ini boleh digunakan untuk maklumat, pandangan dan cadangan berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar baru, perkhidmatan-perkhidmatan, pencapaian-pencapaian, program dan aktiviti kpm kepada semua mulai 02 ogos 2011. Anda boleh layari facebook KPM di link ini (Facebook) atau ikuti twitter (KPM) di link ini

Jumaat, 15 Julai 2011

Tak Makan Saman

KOMIK BPCP
Terjemahan: Polis trafik tahan saya hari ini dan meminta kertas (lesen). Jadi saya cakap gunting. Sayalah menang!!
Sumber: twaggies.com

Rabu, 13 Julai 2011

Penantian.. Kadangkala menyeksakan

Dah nak masuk sebulan setengah dah sejak tamat belajar KPLI dulu.. Dalam sebulan setengah ini pelbagai rintangan yang penuh liku yang menguji kekuatan dan kesabaran diri. Buat masa ini hanya khabar angin dan cakap-cakap orang yang menjadi penyejuk. Ada yang cakap mesyuarat penempatan sedang berlansung, ada pula yang mengatakan pertengahan bulan 8 dan bermacam lagilah. Andai bulan 8 ini penantian ini berakhir.. Alhamdulillah.. sungguh lega tak terkata, tapi sekiranya lambat lagi tak tahulah bagaimana dapat menahan diri ini dari rontaan mengharapkan kegembiraan. Semoga Allah memudahkan rezekiku dan mengatur yang terbaik untukku.. Amin..