Rabu, 24 Ogos 2016

Suasana Belajar di Kelas 5 Andalas

"Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu Najhan!", itulah ucapan yang sering dituturkan oleh murid kelas 5 Andalas setiap kali guru masuk ke kelas. Hari ini murid kelas 5 Andalas diajar tentang pengetahuan asas berkenaan Blog.

    Murid kelihatan begitu teruja mengikuti pengajaran. murid melihat contoh-contoh blog yang terdapat di internet, item-item yang perlu ada pada blog, pengisian, bahasa dan sebagainya.

    Antara ragam murid yang dapat dilihat adalah seperti Hifzan yang kelihatan terpinga-pinga, Mak Choy Mun dan Nur Kaseh bergurau senda, Hannan yang bersembang dengan rakannya, dan sebagainya. Namun terdapat juga beberapa orang murid yang tekun menyiapakan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Najhan.






   Diharapkan segala yang diajar difahami oleh murid-murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan