Jumaat, 15 Julai 2011

Tak Makan Saman

KOMIK BPCP
Terjemahan: Polis trafik tahan saya hari ini dan meminta kertas (lesen). Jadi saya cakap gunting. Sayalah menang!!
Sumber: twaggies.com

Rabu, 13 Julai 2011

Penantian.. Kadangkala menyeksakan

Dah nak masuk sebulan setengah dah sejak tamat belajar KPLI dulu.. Dalam sebulan setengah ini pelbagai rintangan yang penuh liku yang menguji kekuatan dan kesabaran diri. Buat masa ini hanya khabar angin dan cakap-cakap orang yang menjadi penyejuk. Ada yang cakap mesyuarat penempatan sedang berlansung, ada pula yang mengatakan pertengahan bulan 8 dan bermacam lagilah. Andai bulan 8 ini penantian ini berakhir.. Alhamdulillah.. sungguh lega tak terkata, tapi sekiranya lambat lagi tak tahulah bagaimana dapat menahan diri ini dari rontaan mengharapkan kegembiraan. Semoga Allah memudahkan rezekiku dan mengatur yang terbaik untukku.. Amin..

Ahad, 3 Julai 2011

Selamat Tinggal IPGKTAA (a.k.a IPGKTAA dan Tangan)


Berakhirnya kursus induksi 30 Jun yang lalu maka berakhirlah segala suka duka, perit jerih dan yang seangkatannya sepanjang aku berada di maktab. Pelbagai kenangan dan pengalaman berharga yang tertuilis dalam diari hidupku sepanjang aku  berada di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis di bumi Pahang Darul Makmur akan aku abadikan di ingatan sampai bila-bila...

Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang memberi sokongan dan dorongan membolehkan kelestarian hidup saya sepanjang KPLI lalu... Mohon maaf sekiranya saya telah melakukan sebarang kesalahan sama ada sedar atau tidak.. Semoga ditempatkan tempat yang terbaik dan dapat berbakti mendidik anak murid dengan ikhlas...

Terima kasih dan Selamat Tinggal IPGKTAA..!

Saya akhiri post kali ini dengan beberapa keping gambar saya sepanjang berada di IPGKTAA. Untuk makluman "Trade Mark" tangan itu adalah tidak disengajakan.. hehe..
Subjek Kemahiran HIdup bersama En Hazidi. Tangan tanda Projek KH Best!
5 Serangkai di Perkemahan Pengakap. Tangan sedang cuba meramal keadaan cuaca untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.

Kelas terakhir bersama En Ramli. Tangan tanda seronok sebab nak cuti panjang.
Makan malam terakhir bersama En Asri. Tangan sedang menunjukkan bintang pilihan untuk kenangan KPLI disematkan. Tengok bintang tu ingat KPLI. Hehe.