Selasa, 13 September 2011

Relevan Lagikah Blog Ini

Blog ini secara terus terang aku buat disebabkan penuh bersemangatnya aku untuk bergelar seorang guru. Namun sehingga hari ini adakah aku sudah bergelar guru? Ataupun separuh guru kerana selangkah kaki telah tamat kursus KPLI dan separuh lagi menanti langkah untuk ke sekolah yang akan ditempatkan. Tetapi, surat penempatan yang telah lama aku nantikan tidak juga kunjung tiba. Jadi dimanakah status aku? Guru? Separuh Guru? Perasan Guru?. Di surat beranak anak aku Bukhari telah terpampang perkerjaan bapa "Guru", jadi haruskah aku bersabar dan terus menunggu agar tidak sekadar tulisan, tetapi kenyataan. URL blog ini jelas terpampar cikgunajhan.blogspot.com, siapa yang singgah mesti menganggap penulisnya mesti seorang guru. Hakikatnnya aku pun tak tahu. Masih relevenkah blog untuk seorang guru dangan aku yang belum guru ini..? Masih lagi tanda soal...."?""?"?"?"

Khamis, 4 Ogos 2011

Facebook dan Twitter KPM

Untuk makluman semua Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Facebook dan Twitter rasmi mereka. Facebook dan twitter ini boleh digunakan untuk maklumat, pandangan dan cadangan berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar baru, perkhidmatan-perkhidmatan, pencapaian-pencapaian, program dan aktiviti kpm kepada semua mulai 02 ogos 2011. Anda boleh layari facebook KPM di link ini (Facebook) atau ikuti twitter (KPM) di link ini

Jumaat, 15 Julai 2011

Tak Makan Saman

KOMIK BPCP
Terjemahan: Polis trafik tahan saya hari ini dan meminta kertas (lesen). Jadi saya cakap gunting. Sayalah menang!!
Sumber: twaggies.com

Rabu, 13 Julai 2011

Penantian.. Kadangkala menyeksakan

Dah nak masuk sebulan setengah dah sejak tamat belajar KPLI dulu.. Dalam sebulan setengah ini pelbagai rintangan yang penuh liku yang menguji kekuatan dan kesabaran diri. Buat masa ini hanya khabar angin dan cakap-cakap orang yang menjadi penyejuk. Ada yang cakap mesyuarat penempatan sedang berlansung, ada pula yang mengatakan pertengahan bulan 8 dan bermacam lagilah. Andai bulan 8 ini penantian ini berakhir.. Alhamdulillah.. sungguh lega tak terkata, tapi sekiranya lambat lagi tak tahulah bagaimana dapat menahan diri ini dari rontaan mengharapkan kegembiraan. Semoga Allah memudahkan rezekiku dan mengatur yang terbaik untukku.. Amin..

Ahad, 3 Julai 2011

Selamat Tinggal IPGKTAA (a.k.a IPGKTAA dan Tangan)


Berakhirnya kursus induksi 30 Jun yang lalu maka berakhirlah segala suka duka, perit jerih dan yang seangkatannya sepanjang aku berada di maktab. Pelbagai kenangan dan pengalaman berharga yang tertuilis dalam diari hidupku sepanjang aku  berada di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis di bumi Pahang Darul Makmur akan aku abadikan di ingatan sampai bila-bila...

Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang memberi sokongan dan dorongan membolehkan kelestarian hidup saya sepanjang KPLI lalu... Mohon maaf sekiranya saya telah melakukan sebarang kesalahan sama ada sedar atau tidak.. Semoga ditempatkan tempat yang terbaik dan dapat berbakti mendidik anak murid dengan ikhlas...

Terima kasih dan Selamat Tinggal IPGKTAA..!

Saya akhiri post kali ini dengan beberapa keping gambar saya sepanjang berada di IPGKTAA. Untuk makluman "Trade Mark" tangan itu adalah tidak disengajakan.. hehe..
Subjek Kemahiran HIdup bersama En Hazidi. Tangan tanda Projek KH Best!
5 Serangkai di Perkemahan Pengakap. Tangan sedang cuba meramal keadaan cuaca untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.

Kelas terakhir bersama En Ramli. Tangan tanda seronok sebab nak cuti panjang.
Makan malam terakhir bersama En Asri. Tangan sedang menunjukkan bintang pilihan untuk kenangan KPLI disematkan. Tengok bintang tu ingat KPLI. Hehe.

Isnin, 20 Jun 2011

KISSM - Maklumat Terkini 21/06/2011

Tarikh: 21/06/2011
  1. Taklimat penilaian KISSM akan diadakan pada 27 Jun 2011, jam 2.30 petang. Tempat akan dimaklumkan kemudian. Kehadiran diwajibkan. Guru pelatih boleh datang ke IPG sebelum taklimat tersebut. (Bukan 8 pagi seperti yang dimaklumkan sebelum ini)
  2. Taklimat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan menyusul pada hari yang sama (27 Jun 2011) jam 4 petang. Semua guru pelatih Islam dan bukan Islam terlibat.
Sebarang masalah bolehlah terus ajukan pada bahagian HEP (En Wahab)

Khamis, 2 Jun 2011

Maklumat Terkini SPP

Tarikh: 2/6/2011

SPP
  1. Tempat untuk taklimat SPP pada 6 Jun ini, jam 3 petang telah ditentukan iaitu DK A. Harap maklum.
  2. Diingatkan semula agar guru pelatih menyediakan wang dalam anggaran RM20 untuk bahan bercetak KISSM yang akan diberi semasa taklimat & temuduga SPP.  
- Sebarang masalah/pertanyaan sila hubungi saya Najhan atau berhubung terus dengan En Wahab. 

Khamis, 26 Mei 2011

Maklumat terkini SPP dan KISSM

Tarikh: 27/5/2011

SPP
  1. Guru pelatih dikehendaki hadir ke maktab pada 6 Jun 2011 untuk taklimat khas yang akan diadakan pada jam 3petang. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
  2. Pihak IPG telah bersetuju untuk menyediakan penginapan sepanjang taklimat & temuduga SPP (6-8 Jun 2011). Kunci hanya boleh mula diambil jam 10 ke atas 6 Jun. 2011.
  3. Guru pelatih dikehendaki menyediakan wang dalam anggaran RM20 untuk bahan bercetak KISSM yang akan diberi semasa taklimat & temuduga SPP. 
KISSM
  1. Guru pelatih dikehendaki hadir ke maktab pada 27 Jun 2011 untuk taklimat khas yang akan diadakan pada jam 8pagi. Tempat akan dimaklumkan kemudian.
  2. Pihak IPG telah bersetuju untuk menyediakan penginapan sepanjang taklimat & kursus (27-30 Jun 2011). Kunci hanya boleh mula diambil jam 10 ke atas 27 Jun 2011.
- Sebarang masalah/pertanyaan sila hubungi saya Najhan atau berhubung terus dengan En Wahab.

Selasa, 24 Mei 2011

Nota Kursus Induksi

Untuk mendapatkan nota KISSM atau lebih dikenali Kursus Induksi sila klik pada link di bawah:



-Sebarang masalah atau pertanyaan boleh facebook atau email: najhan84@gmail.com

Jumaat, 13 Mei 2011

Kajian Tindakan KPLI Amb. Jun 2010


Alhamdulillah, seminar kajian tindakan telah berlansung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.

Untuk mendapatkan file pembentangan Kajian Tindakan oleh pembentang-pembentang yang terpilih klik pada nama-nama pembentang di bawah:

  1. Azuraida
  2. Chong You Wen
  3. Hanafi
  4. Lim Lian Seet
  5. Mohd Hasroizuan
  6. Mohd Khairil
  7. Ng Shey Hong
  8. Salhana
  9. Syazwan
  10. Tan Lay Sar
  11. Vanaja
  12. Wong Wei Loon
  13. Abdul Hadi
  14. Cham Chingsoon
  15. Yaesodan
  16. Nathan
File adalah dalam format .zip. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membuka file tersebut sila download software untuk membukanya di link ini: zip Software

Sebarang pertanyaan, e-mail: najhan84@gmail.com

Isnin, 25 April 2011

Cabaranku, Dugaanku, Ujian-Nya....-Episod 1


Jam menunjukkan pukul 5 petang...
Aku baru sahaja siap menulis Rancangan Pengajaran Harian untuk esok. Aku dan Faizal menjangkakan En Asri akan datang untuk membuat pemantauan terakhir. Penentu untuk subjek major sepanjang praktikum yang sedang aku jalani. Jika baik pengajaranku esok, maka baiklah keputusan pratikumku, jika gagal, maka gagallah pratikumku. Semoga Allah disisiku.
Faizal, yang merupakan teman serumahku, pasangan praktikumku,sahabat sejatiku,mengajakku makan malam. Aku menurutnya. "Tunggu jap kawer tak solat lagi", kataku padanya. "Bereh", balasnya. Aku pun terus ke bilik air, mengambil wudu' dan menunaikan solat Asar.

Jam 5.15 petang...
Setelah solat dan  menyiapkan diri untuk makan malam, telefon bimbit Nokia 1208 ku yang dilengkapi dengan fungsi lampu suluh tiba-tiba berdering...Terpapar di skrin telefon itu nama pemanggil, "Sayang Me Love". Ohh.. isteriku rupanya, bisik hatiku. Panggilan dari insan yang sentiasa ku tunggu. Membahagiakan dan menenangkan. Namun, nada panggilan itu tidak seperti biasa, ”Abang, Sayang accident..!”  

Jam 5.45 petang...
Aku telah sampai di persimpangan Pulau Cekas dan Lata Jarum. Lebih kurang suku perjalananku untuk tiba ke Shah Alam. Dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Fikiranku melayang entah ke mana. Yang aku fikirkan pada saat itu hanya untuk melihat keadaan isteriku. Aku tidak sanggup menunggu lama.Walaupun ku tahu membuat panggilan sambil memandu adalah merbahaya dan menjadi kesalahan, namun itu semua tidak menjadi keutamaanku pada saat ini. Ku capai telefon bimbit Nokia 1208 ku dan terus menghubungi isteriku untuk bertanyakan keadaan terkini. “Yang, macam mana sekarang ni? Ada orang tolong tak?”, soalku. “Ada, ada Kacik tolong”, balasnya. “Yang, abang dah sampai simpang Pulau Chekas. Sikit lagi jer nak sampai Raub”, kata ku lagi. “Takpe ke bang balik ni? Abang cuti ke esok?”, tanya isteriku pula.  

Bersambung....

Rabu, 2 Februari 2011

BAHASA - SEBUTAN BAKU

SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian “yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah….dan dapat dijadikan asas perbandingan” .

Pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai “a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community”. Definisi oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.

Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.

Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek.

Definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi. Maksud kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.

Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak bersistem dan berperatura. Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi mmepunyai kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam komuniti bahasa tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sistem bahasa baku lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya.

Menurut Profesor Nik Safiah Karim : “Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri”.

Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek Kedah.

Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada tahun 1988.

Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau : “Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris”.


Intonasi

Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara jarang-jarang mendatar, tetapi berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat.


II. Bahasa Baku
Berbicara tentang orang yang berpendidikan tidak lepas dari bahasa dunia pendidikan yang tentu menyangkut masalah ragam bahasa. Ragam bahasa yang dimaksud adalah ragam bahasa baku atau bahasa standar. Oleh karena itu, ada dua ciri yang melatari berbahasa baku. Pertama, ragam bahasa baku memiliki sifat kemantapan dinamis, berupa kaidah dan aturan yang tetap. Selain itu, baku atau standar tidak dapat berubah setiap saat. Oleh karena itu, bentuk peran dan perumus dengan taat asas dapat menghasilkan perajin dan perusak, bukan pengrajin dan pengrusak. Dengan kata lain, kebakuan itu cukup luwes memungkinkan perubahan yang bersistem dan teratur di bidang kosakata dan peristilahan. Ciri kedua, yang menandai bahasa baku ialah sifat kecendekiaan. Perwujudan dari kecendekiaan itu ialah dalam kalimat, paragraf, dan satuan bahasa lain yang dapat mengungkapkan penalaran dan pemikiran yang teratur, logis, dan masuk akal. Oleh karena itu, sangat tepat jika proses pembakuan bahasa yang dimaksud adalah proses penyeragaman kaidah, bukan penyamaan ragam bahasa atau penyeragaman variasi bahasa.
Paparan di atas menunjukkan bahwa pembakuan kosakata sangat penting untuk direalisasikan. Hal itu perlu dilakukan karena dengan adanya pembakuan kosakata itu dapat memberikan pandangan berikut.
(1) fungsi pemersatu,
(2) fungsi pemberi kekhasan,
(3) fungsi pembawa wibawa, dan
(4) fungsi sebagai kerangka acuan.
Bahasa baku berfungsi pemersatu yang dimaksud adalah bahwa bahasa baku mempersatukan makna menjadi satu masyarakat bahasa dan dapat meningkatkan proses identifikasi penutur orang seorang. Fungsi yang dimaksud sebagai berikut.
(1) Fungsi pemberi kekhasan yang dimaksud adalah membedakan bahasa itu dari bahasa yang lain. Misalnya bahasa Indonesia berbeda dengan bahasa Malaysia atau bahasa Melayu Singapura dan Brunei Darussalam. Dengan kata lain, bahasa Indonesia dianggap sudah jauh berbeda dari bahasa Melayu Riau, Johor yang menjadi induknya.


(2) Pemilihan bahasa baku membawa satu wibawa atau prestasi seseorang. Fungsi pembawa wibawa berkaitan dengan usaha orang seorang untuk mencapai kesederajatan dengan peradaban lain.

(3) Bahasa baku berfungsi sebagai kerangka acuan bagi pemakaian bahasa. Untuk menerapkan pemakaiannya itu, dan kaidah menjadi dasar benar tidaknya pemakaian bahasa itu. Oleh karena itu, kumpulan unsur bahasa yang disebut kosakata perlu adanya pembakuan, misalnya cewek, nggak, dan entar. Kata-kata itu sudah menjadi bagian kosakata Indonesia, tetapi tidak termasuk ke dalam kelompok yang baku. (Tata bahasa Baku, 1993:13--21)

Butir ketiga pada paparan di atas itu menjadi dasar pemikiran penulis untuk merealisasikan satu alternatif pengajaran kosakata. Dengan demikian, pembakuan kosakata sangatlah penting. Dengan adanya pembakuan kosakata, sekurang-kurangnya tidak akan menyesatkan peserta ajar ketika menemukan kosakata yang memang belum dimengerti. Pengajar dalam hal ini dituntut untuk memahami dan menguasai kosakata baku dan tidak baku. Berkenaan dengan itu, kamus dan kamus istilah sangat penting untuk mendukung pengajaran kosakata.

Bahasa baku
From Wikipedia
Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.
Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi, dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik.
Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana:
• Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat;
• Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu; dan
• Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan.
Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat.

Rabu, 26 Januari 2011

Selamat Pagi Cikgu..

Langkah pertama kini bermula. Blog ini dicipta dan didedikasi khas untuk kesemua lapisan masyarakat yang cintakan pendidikan.