Rabu, 13 Julai 2011

Penantian.. Kadangkala menyeksakan

Dah nak masuk sebulan setengah dah sejak tamat belajar KPLI dulu.. Dalam sebulan setengah ini pelbagai rintangan yang penuh liku yang menguji kekuatan dan kesabaran diri. Buat masa ini hanya khabar angin dan cakap-cakap orang yang menjadi penyejuk. Ada yang cakap mesyuarat penempatan sedang berlansung, ada pula yang mengatakan pertengahan bulan 8 dan bermacam lagilah. Andai bulan 8 ini penantian ini berakhir.. Alhamdulillah.. sungguh lega tak terkata, tapi sekiranya lambat lagi tak tahulah bagaimana dapat menahan diri ini dari rontaan mengharapkan kegembiraan. Semoga Allah memudahkan rezekiku dan mengatur yang terbaik untukku.. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan