Isnin, 25 April 2011

Cabaranku, Dugaanku, Ujian-Nya....-Episod 1


Jam menunjukkan pukul 5 petang...
Aku baru sahaja siap menulis Rancangan Pengajaran Harian untuk esok. Aku dan Faizal menjangkakan En Asri akan datang untuk membuat pemantauan terakhir. Penentu untuk subjek major sepanjang praktikum yang sedang aku jalani. Jika baik pengajaranku esok, maka baiklah keputusan pratikumku, jika gagal, maka gagallah pratikumku. Semoga Allah disisiku.
Faizal, yang merupakan teman serumahku, pasangan praktikumku,sahabat sejatiku,mengajakku makan malam. Aku menurutnya. "Tunggu jap kawer tak solat lagi", kataku padanya. "Bereh", balasnya. Aku pun terus ke bilik air, mengambil wudu' dan menunaikan solat Asar.

Jam 5.15 petang...
Setelah solat dan  menyiapkan diri untuk makan malam, telefon bimbit Nokia 1208 ku yang dilengkapi dengan fungsi lampu suluh tiba-tiba berdering...Terpapar di skrin telefon itu nama pemanggil, "Sayang Me Love". Ohh.. isteriku rupanya, bisik hatiku. Panggilan dari insan yang sentiasa ku tunggu. Membahagiakan dan menenangkan. Namun, nada panggilan itu tidak seperti biasa, ”Abang, Sayang accident..!”  

Jam 5.45 petang...
Aku telah sampai di persimpangan Pulau Cekas dan Lata Jarum. Lebih kurang suku perjalananku untuk tiba ke Shah Alam. Dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Fikiranku melayang entah ke mana. Yang aku fikirkan pada saat itu hanya untuk melihat keadaan isteriku. Aku tidak sanggup menunggu lama.Walaupun ku tahu membuat panggilan sambil memandu adalah merbahaya dan menjadi kesalahan, namun itu semua tidak menjadi keutamaanku pada saat ini. Ku capai telefon bimbit Nokia 1208 ku dan terus menghubungi isteriku untuk bertanyakan keadaan terkini. “Yang, macam mana sekarang ni? Ada orang tolong tak?”, soalku. “Ada, ada Kacik tolong”, balasnya. “Yang, abang dah sampai simpang Pulau Chekas. Sikit lagi jer nak sampai Raub”, kata ku lagi. “Takpe ke bang balik ni? Abang cuti ke esok?”, tanya isteriku pula.  

Bersambung....