Rabu, 24 Ogos 2016

Suasana Belajar di Kelas 5 Andalas

"Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu Najhan!", itulah ucapan yang sering dituturkan oleh murid kelas 5 Andalas setiap kali guru masuk ke kelas. Hari ini murid kelas 5 Andalas diajar tentang pengetahuan asas berkenaan Blog.

    Murid kelihatan begitu teruja mengikuti pengajaran. murid melihat contoh-contoh blog yang terdapat di internet, item-item yang perlu ada pada blog, pengisian, bahasa dan sebagainya.

    Antara ragam murid yang dapat dilihat adalah seperti Hifzan yang kelihatan terpinga-pinga, Mak Choy Mun dan Nur Kaseh bergurau senda, Hannan yang bersembang dengan rakannya, dan sebagainya. Namun terdapat juga beberapa orang murid yang tekun menyiapakan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Najhan.






   Diharapkan segala yang diajar difahami oleh murid-murid.

Belajar Tentang Blog di kelas 5 Mersing

Hari ini mengajar murid-murid kelas 5 Mersing tentang segala pengetahuan berkenaan dengan blog.
  
   Murid 5 Mersing kelihatan begitu teruja. namun terdapat beberapa orang murid yang sering membuat bising dan menganggu kelas. Antaranya ialah Taqialim, Nurdinah, Daniel Dinie, Ameer, Alia Natasya, Nurdinah lagi, dan yang paling bising sekali ialah semua murid.


    Diharap semua murid faham apa yang dipelajari dan dapat menghasilkan penulisan blog sendiri.