Selasa, 13 September 2011

Relevan Lagikah Blog Ini

Blog ini secara terus terang aku buat disebabkan penuh bersemangatnya aku untuk bergelar seorang guru. Namun sehingga hari ini adakah aku sudah bergelar guru? Ataupun separuh guru kerana selangkah kaki telah tamat kursus KPLI dan separuh lagi menanti langkah untuk ke sekolah yang akan ditempatkan. Tetapi, surat penempatan yang telah lama aku nantikan tidak juga kunjung tiba. Jadi dimanakah status aku? Guru? Separuh Guru? Perasan Guru?. Di surat beranak anak aku Bukhari telah terpampang perkerjaan bapa "Guru", jadi haruskah aku bersabar dan terus menunggu agar tidak sekadar tulisan, tetapi kenyataan. URL blog ini jelas terpampar cikgunajhan.blogspot.com, siapa yang singgah mesti menganggap penulisnya mesti seorang guru. Hakikatnnya aku pun tak tahu. Masih relevenkah blog untuk seorang guru dangan aku yang belum guru ini..? Masih lagi tanda soal...."?""?"?"?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan