Rabu, 12 Disember 2018

Surat Larangan Meminta Slip Adalah Palsu

Semalan tersebar di laman sesawang berkenaan surat yang melarang sebarang pihak meminta slip gaji ibu bapa yang mana lazimnya setiap tahun guru kelas akan berbuat demikian untuk mengemaskini maklumat dari sistem APDM.

Berikut adalah penafian dari Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan surat berkenaan:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan Kementerian ini tidak mengeluarkan surat bertarikh 21 November 2018 berkaitan Larangan Meminta Salinan Slip Gaji Kakitangan Awam Sebagai Bukti Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.

Diharap semua pihat tidak menyebarkan surat tersebut lagi dimana telah disahkan palsu. Laman Rasmi KPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan